Thursday 9 December 2010

PETUA DAPUR


Singki bersih berkilat
Bagi memudahkan kerja membersihkan singki supaya berkilat gunakan sedikit cuka. Singki menjadi bersih dan berkilau.
Sayur berdaun tahan lama
Balut sayur dengan kertas surat khabar atau beg kertas. Basuh bila hendak menggunakannya. Cara ini sayur akan tahan lebih dari seminggu.
Buang hanyir ikan darat
Selepas menyiang ikan darat, bersihkan darahnya dahulu, kemudian rendam dalam air bercampur cuka makan. Tahan sebentar, selepas itu baru dibasuh hingga bersih.
Buang hanyir ikan laut
Selepas menyiang ikan laut, bersihkan darah dahulu, kemudian rendam sebentar dalam air beras atau asam jawa. Selepas itu barulah dibasuh dengan bersih.
Periuk berkilat
Basuh periuk dengan sabun cap kapak. Pasti periuk akan berkilat.
Elak semut masuk ke dalam balang gula
Ambil sedikit bunga cengkeh masukkan ke dalam balang gula. Pasti semut tidak akan singgah.

Simple Resepi - Nasi Minyak


Bahan-bahan:
1 tin susu beras (basuh dan toskan airnya)
½ cawan susu cair campur dengan limau buat tairu.
¼ limau nipis
1 camca besar minyak sapi
¼ tin susu air
2 ulas bawang merah ( dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1” kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkeh
1” halia
Garam secukup rasa
Hiasan
1 tangkai daun saderi dan daun bawang
1 camca teh kismis – goreng  sebentar
2 ulas bawang merah (digoreng garing)
3 biji gajus di belah 2

Cara-cara memasak,
  1. Panaskan minyak sapi didalam periuk, tumis bawang, bawang puteh, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkeh hingga berbau wangi dan bawang menjadi  kuning.
  2. Masukkan beras dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan air, halia, tairu,garam dan biarkan air mendidih hingga air kering. Kecilkan api hingga nasi masak.
  4. Hiaskan dan hidangkan.
Perhatian: Jika mahu masak nasi ini dalam periuk elektrik (rice cooker) Tumiskan semua bahan diatas dapur dahulu.Selepas itu barulah dimasukkan semua bahan dalam periuk dan masak seperti biasa.

Simple Resepi - Nasi Karet

Bahan-bahan:

1/2 batang karet ( disagat kasar atau potong dadu kecil)
1 tin susu beras (basuh dan toskan airnya)
4 kuntum bunga cengkeh
2 inci kulit kayu manis
4 biji bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
Setengah camca teh garam
3 camca besar minyak
1 paint air
1/4 cawan susu cair
Bawang goreng untuk hiasan.

Cara-cara memasak,

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bawang, goreng hingga kuning.
  3. Masukkan bunga cengkeh, kulit kayu manis, halia,dan goreng hingga berbau wangi.
  4. Masukkan karet, beras,garam kacau rata-rata.
  5. Apabila masak hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng.


Perhatian: Jika mahu masak nasi ini dalam periuk elektrik (rice cooker) Tumiskan semua bahan diatas dapur dahulu.Selepas itu barulah dimasukkan semua bahan dalam periukdan masak seperti biasa.

Buku Digital

Saya telah selesai membaca buku Panduan Bebas Hutang. Kandungan dalam buku ini sangat bagus, menceritakan penyelesaian hutang . Jika anda mempunyai hutang bertimbun, buku Panduan bebas hutang adalah jalan terbaik untuk anda miliki.

Simple Resepi - Kueh Lapis Berperisa Ros dan Keladi

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm tepung ubi
200gm gula pasir
3/4 liter santan
perasa ros
perasa keladi
secubit garam

Cara-cara memasak,

  1. Panaskan periuk pengukus yang diisi air hingga mendidih.
  2. Campurkan semua bahan dan kacau hingga rata atau kisar dengan mesin pengisar.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan perasa ros dan satu lagi masukkan perasa keladi.
  4. Panaskan loyang yang disapukan minyak di dalam kukusan.
  5. Masukan satu senduk tepung kedalam loyang dan tutup sebentar. Biar beku sedikit.
  6. Buat selang seli antara adunan perasa ros dan keladi hingga habis.
  7. Sejukkan lebih kurang 30 minit barulah dipotong dan hidangkan.

Simple Resepi - Apam Pisang

Bahan-bahan:

12 biji pisang emas (dilenyek)
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan gula
2 sudu tehbikarbonat

Cara-cara membuatnya,

  1. Sediakan periuk kukus dan panaskan air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula kedalam pisang yang telah dilenyek kedalam satu mangkuk.
  3. Masukkan santan, gaul sebati.
  4. Masukkan pula tepung gandum dan serbuk bikarbonat. Gaul sebati.
  5. Masukkan kedalam acuan. Kukus selama 45 minit.

Wednesday 8 December 2010

Simple Resepi - Bengkang Roti

Bahan-bahan:

1 buku roti biasa (roti gardenia)
3 biji telur ayam
3 cawan santan kelapa atau 1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
sedikit kismis
Air daun pandan/1 sudu teh perasa daun pandan
sedikit garam

Cara membuatnya,

1) Ambil sebuku roti dikoyak kecil dan direndam di dalam air (tepi roti yang kuning pun direndam bersama)
2) Bila kembang toskan roti tadi hingga kering airnya.
3) Masukkan santan atau susu cair, telur, gula dan kismis didalamnya.
4) Masukkan air pandan.
5) Kacau bahan tadi  hingga sebati.
6) Masukkan bahan tadi kedalam tin pembakar.
7) Bakar dalam oven selama 45 minit. Jika masih lembut bakar lagi 15 minit.

Thursday 2 December 2010

Bicaraku 3 - Sikap wanita

Wanita terkenal dengan sikap sensitif, suka merajuk, mudah terasa, lembut hati dan terlalu emosi bila ditimpa masalah.
Terlalu banyak komen negatif.
Terlalu banyak persepsi yang dibicarakan tanpa mengetahui fakta yang sebenar.
Wanita juga dikaitkan dengan sikap suka mengumpat dan mengata.
Ada wanita berasa bangga diri bila mereka menjadi perhatian ramai.
Membiarkan diri jadi taruhan lelaki.
Tidak serius dalam hubungan dengan lelaki tambahan pula berada dalam semua pakage.
Suka bercakap berlebihan tanpa memikirkan kesan disebalik terlalu banyak cakap.
Mementingkan diri

Wednesday 24 November 2010

Bicaraku 2

Setiap insan memerlukan teman.Teman untuk berbicara, teman untuk mengadu, teman untuk bergembira, teman untuk berkongsi suka dan duka, teman untuk berkasih dan bercinta. Tetapi tidak semua akan dapat apa yang diimpikan. Kekadang teman yang diimpikan itu entah dimana. Puas mencari siapa teman kita ketika itu. Memang ramai teman disekitar kita tetapi teman yang sejati itu amat sukar untuk kita temui. Teman yang setia mendengar segala rintihan, keluh kesah, kedukaan hati dan menangis bersama adalah sukar sekali. Sesungguhnya teman yang paling akrab adalah Dia.

Thursday 18 November 2010

Bicaraku

Memilih isteri bukan seperti mememilih ikan dipasar. Bawa balik kerumah tunjuk kepada keluarga. Jika benar anda adalah gadis cantik atau sekadar kawan biasa baginya biarlah anda jangan mengharap cinta sejati darinya. Selalunya lelaki sepertinya hanyalah seorang penakut kepada ikatan perkahwinan. Ramai lelaki menolak jika diajak bicara tentang ikatan perkahwinan kerana merasakan mereka belum bersedia untuk memberi komitmen terhadap perkahwinan. Mereka belum puas lagi hidup membujang. Banyak alasan anda akan dapat dengar dari mulut mereka.